Friday, March 21

Kenali Kulit Wajah Anda


So kat sini ada beberapa jenis kulit yang kita kena tahu ;


Kulit Normal

Kulit jenis biasa (normal) iaitu kulit kelihatan bersih dan halus mulus macam kulit bayi. Kulit jenis ini cuma memerlukan penjagaan yang ringkas sahaja. Jenis kulit ini tidak akan berminyak atau kering dan bebas daripada sebarang masalah. Cool huh ? Untung orang yang jenis normal skin and tak banyak ragam ni. So camna nak tahu ?

Ambil tisu usap kat wajah mu nan ayu setiap pagi k. Kalau tidak ada minyak yang melekat, tisu pon kering ja means your skin is normal la. No doubt huhu


Kulit Berminyak (Mine version..HAHAHA)



Ini jenis kulit yang kelihatan tebal dengan pori-pori terbuka. Mine kalau chuolls sejauh 5km pon dah boleh nampak betapa besar pori-pori hakak bhahaha. K menyentap dengan ayat sendiri. Kulit jenis macam ni berkemungkinan ada masalah jerawat - akibat penyumbatan pada pori-pori sebab kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Boleh simpan sikit minyak kat muka tu buat goreng ayam nanti k hahahambar

Selain itu, faktor hormon (remaja), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi boleh mengakibatkan kulit berminyak. Tapi tau tak kulit berminyak ni melambatkan proses penuaan KAHKAHKAH but why ada kedutan kat wajah aku ? Haihh

Masalah bila kulit macamni ? Boleh dapat pakej blackhead, pori-pori terbuka, jerawat, parut and keseluruhan muka berminyak ohhmannnnn


Kulit Kombinasi

Jenis kulit yang licin, lembap dan lembut bila disentuh. But sometimes kulit jenis ni lebih kepada kering atau berminyak juga. Warna kulit sihat dan berseri. Umm keadaan pori-pori pon sekata dan halus. So balance lah pada hakak kan. Kulit jenis ni kena selalu jaga supaya sentiasa kelihatan bersih dan gebu.

Biasanya, kulit jenis ni bermasalah kelenjar minyak yang tidak sekata, muka kering, jeragat or whitehead.


Kulit Kering





Jenis kulit yang kurang berminyak, lembap atau keduaya sekali. Sebab selalu terdedah pada air-conditioner, kelenjar minyak yang kurang aktif, pembersih muka yang berakali tinggi, kurang minum air dan ubat-ubatan.

Masalah yang biasa dihadapi ialah kedut/garis-garis halus, bintik-binrtik hitam, whitehead jeragat, eyebag, keseluruhan muka kering dan kusam. 


Kulit Sensitif





Jenis kulit ni dia sensitif sikit dengan faktor luar. Contohnya, perubahan cuaca ka, salah guna produk kecantikan ke. Boleh buat kulit pecah, mera-merah dan pedih. Nak nak kalau kena cahaya matahari, tak sampai seminit dah rasa nak terbakar kulit tu. Walaweh, propa nauu aku.

Kena sentiasa berwaspada dengan apa yang kita makan, jenis produk yang kita guna, keadaan persekitaran, kerja dalam air-cond laa, kena panas terik laa bla bla bla dan banyak lagi lah faktor luar tu.

Keadaan sensitif tu terjadi bila ;


  1. Menggunakan produk jenama baru
  2. Makan sesuatu jenis makanan
  3. Masa mandi / minum air berklorin
  4. Terkena sabun cuci baju
  5. Terdedah dengan perfume/pewarna rambut/any bhn kimia
  6. Stress
Simptomnya ;

  1. naik ruam
  2. kulit menjadi merah/pedih/mengelupas/terbakar
  3. tompok-tompok pakhitam legam
  4. or semua kat atas ni

So setakat ini saja yang hakak tahu, kalau ada lagi hakak tambah okay, boleh ? So yang mana satu korang ?

2 comments:

Aqilah Azmi said...

err qila berminyak TT_TT

Mama Darwiish said...

berminyak :0
done #433 follow blog awesome ni