Sunday, January 19

Review : Shiseido Black Mask

1 comment:



Pagi-pagi lagi dah good night yer, hahaha. Actually entri ni sepatutnya hakak publishkan semalam tapi tahap kemalasan tu tinggi plus internet ajak cari gaduh makanya hakak decide nak publish pagi ni jaa. Haa kateko.

Semalam hakak mimpi indah sangat manih manih macam candy crush je mimpi hakak semalam. why baby why ? ahaaa sebab semalam hakak pakai shiseido black mask ni, kahkahkah hiperbola nya ayat..... uollss punya muka ada masalah macam hakak tak ? whitehead/blackhead kat hidung mancung ni ? Mesti ada kan jangan nak tipu la cakap tak ada sedangkan si cantik keknis (hanis zalikha) pon ada tau... Muahaha. Sebab dia pon pakai tau adek adek maniss hakak.

First time tau hakak pakai mask yang jenis peel off ni. Selalunya hakak pakai produk Biore Pore Pack yang warna hitam mcam arang tu. Tapi effect dia tak kuat sangat lah, sama ada effect dia tak kuat or kulit hakak cantik sangat dan bebas dari segala cucu cicit blackhead/whitehead HAHAHA !  k tipu ja. hmm

Kawasan hidung hakak ni keras macam batu sikit so hakak pon search laa mask apa yang berkesan nak remove black/white head ni. Tup tup ramai yang buat review pasal shiseido black mask ni dan kebanyakkan nya sangat berpuas hati lah. Hakak pon apa lagi cecepat lah beli dalam 10pcs. HAHAHAHA happy sangat.

Kalau ada yang still loading otak blurr blurr semacam jaa tak faham apa tu shiseido mask ni, sini mai duduk hadap hakak sambil makan biskut cicah air teh. Fungsi shiseido ni untuk menghilangkan black/white head, bulu halus di muka dan jadikan kulit uolls lebih licin dan bersih. Mask ni dalam paket tau and dia jenis cecair pekat gittuwww. 

Cara pakai shiseido black mask ;
  1. Cuci muka bersih bersih dulu then lap bagi kering
  2. Ada setengah yang steamkan wajah 5 minit dgn air panas sebab nak bagi pori-pori terbuka kan but tak payah buat pon tak apa step yg ke2 ni tp kalau buat lagi bagus hahaha ayat mcm minah keling
  3. Buka mask ni and apply kat seluruh muka / certain area mcm kat hidung saja pon boleh. Sapu tebal tebal sikit baru best nak tanggal nnti . Tak perlu campur air hokayy hakak ketok tangan tu nnt. (elak kena kening/rambut kalau taknak rasa azimat dia bila tgl ya ampunnnn nak menangis rasa hahaha)
  4. Biarkan kering dalam 15-30 minit / biar betul betul kering. sementara tunggu kering tu boleh laa nak buat apa apa dulu baca majalah ka menari ka kemas rumah ka memasak ka bla..bla..bla..bla..
  5. Bila dah kering mcm taik kering, tarik mask ni slow slow dari hujung sampai ke bahagian tengah. I tell u okay u better tarik slow2 hahahaha rasakannn. Nah tengok laa black/white head anda. Ahaaa eeeuuwwwww kannnn ? Samalah kita KAHKAHKAH
  6. Cuci muka balik and kalau ada toner pakai okay sbb nak tutup liang tu balik. Kalau tak ada toner basuh jaa dgn air sejuk asalkan bukan air longkang.

And taraaaa ! Pap pap pap ! *menari depan cermin sambil angkat kening* Kulit ku terasa begitu lembut dan anjal bukan ? kahkahkah. Rasa nak jerit buat lompat bintang jaa kahkahkah. Serius hakak pakai best sangat rasa macam nak pakai hari-hari jaa but but but adek kesayangan hakak, disarankan pakai dalam 2 kali seminggu sudahlah. 1 paket boleh pakai untuk satu muka, / pada yang sapu just kat hidung tu boleh pakai 5-6 kali but make sure simpan dalam bekas okay. Boleh ?


sumber : google
hitam macam bontot kuali kan ?
Kalau tak jumpa kat mana-mana kedai, boleh beli secara online jaa kat FB dan Instagram sekarang dah ramai orang jual. Search ja kat Instagram #shiseidomask or whatever hashtag jaa nanti dia keluar. Yang hakak beli kat kedai RM1/paket. Murah kan ?? hahaha malam ni jom pakai lagi mihihi *gelak guling-guling*