Saturday, March 22

Apa #FirstTweet Korang ?

10 comments:


Assalamualaikum and hai.

Pernah terlintas tak nak tengok balik first tweet korang dulu ? Kah ! Hakak selalu ada rasa nak tengok my tweet masa baru buka acc twitter dulu https://twitter.com/Eraareeroo . Tapi tak mungkin kan kalau nak scroll balik memang jangan harap lah kau nak dapat tengok balik haha

Idk kalau benda ni dah lama orang buat and aku ja baru nak terkinja-kinja nak buat bhahahahaha sorry for my lame sobs sobs

So camna nak tau first tweet kita yang dah haprak tu ?


  1. Search https://discover.twitter.com/first-tweet . Nanti keluar macamni ;


     2. Masukkan username korang and search lah. Senang jaa actually bhaahaha


THISSSSSS IS MINE MAIGAD TAK ADO AYAT LAGI POWERRR KE AKU NAK TWEET HAA ? SIMBOL LOVE TU TAK BOLEH BLAH KAHKAHKAH !

Okay okay done. Nak tengok first tweet orang lain pon boleh just masukkan username diorang saja, kahkahkah. Have fun on Sabtuday guys ! Walaweh. Hakak nak gelak guling guling jap. sys !

Friday, March 21

Kenali Kulit Wajah Anda

2 comments:

So kat sini ada beberapa jenis kulit yang kita kena tahu ;


Kulit Normal

Kulit jenis biasa (normal) iaitu kulit kelihatan bersih dan halus mulus macam kulit bayi. Kulit jenis ini cuma memerlukan penjagaan yang ringkas sahaja. Jenis kulit ini tidak akan berminyak atau kering dan bebas daripada sebarang masalah. Cool huh ? Untung orang yang jenis normal skin and tak banyak ragam ni. So camna nak tahu ?

Ambil tisu usap kat wajah mu nan ayu setiap pagi k. Kalau tidak ada minyak yang melekat, tisu pon kering ja means your skin is normal la. No doubt huhu


Kulit Berminyak (Mine version..HAHAHA)



Ini jenis kulit yang kelihatan tebal dengan pori-pori terbuka. Mine kalau chuolls sejauh 5km pon dah boleh nampak betapa besar pori-pori hakak bhahaha. K menyentap dengan ayat sendiri. Kulit jenis macam ni berkemungkinan ada masalah jerawat - akibat penyumbatan pada pori-pori sebab kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Boleh simpan sikit minyak kat muka tu buat goreng ayam nanti k hahahambar

Selain itu, faktor hormon (remaja), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi boleh mengakibatkan kulit berminyak. Tapi tau tak kulit berminyak ni melambatkan proses penuaan KAHKAHKAH but why ada kedutan kat wajah aku ? Haihh

Masalah bila kulit macamni ? Boleh dapat pakej blackhead, pori-pori terbuka, jerawat, parut and keseluruhan muka berminyak ohhmannnnn


Kulit Kombinasi

Jenis kulit yang licin, lembap dan lembut bila disentuh. But sometimes kulit jenis ni lebih kepada kering atau berminyak juga. Warna kulit sihat dan berseri. Umm keadaan pori-pori pon sekata dan halus. So balance lah pada hakak kan. Kulit jenis ni kena selalu jaga supaya sentiasa kelihatan bersih dan gebu.

Biasanya, kulit jenis ni bermasalah kelenjar minyak yang tidak sekata, muka kering, jeragat or whitehead.


Kulit Kering





Jenis kulit yang kurang berminyak, lembap atau keduaya sekali. Sebab selalu terdedah pada air-conditioner, kelenjar minyak yang kurang aktif, pembersih muka yang berakali tinggi, kurang minum air dan ubat-ubatan.

Masalah yang biasa dihadapi ialah kedut/garis-garis halus, bintik-binrtik hitam, whitehead jeragat, eyebag, keseluruhan muka kering dan kusam. 


Kulit Sensitif





Jenis kulit ni dia sensitif sikit dengan faktor luar. Contohnya, perubahan cuaca ka, salah guna produk kecantikan ke. Boleh buat kulit pecah, mera-merah dan pedih. Nak nak kalau kena cahaya matahari, tak sampai seminit dah rasa nak terbakar kulit tu. Walaweh, propa nauu aku.

Kena sentiasa berwaspada dengan apa yang kita makan, jenis produk yang kita guna, keadaan persekitaran, kerja dalam air-cond laa, kena panas terik laa bla bla bla dan banyak lagi lah faktor luar tu.

Keadaan sensitif tu terjadi bila ;


  1. Menggunakan produk jenama baru
  2. Makan sesuatu jenis makanan
  3. Masa mandi / minum air berklorin
  4. Terkena sabun cuci baju
  5. Terdedah dengan perfume/pewarna rambut/any bhn kimia
  6. Stress
Simptomnya ;

  1. naik ruam
  2. kulit menjadi merah/pedih/mengelupas/terbakar
  3. tompok-tompok pakhitam legam
  4. or semua kat atas ni

So setakat ini saja yang hakak tahu, kalau ada lagi hakak tambah okay, boleh ? So yang mana satu korang ?

Saturday, March 8

Simple Omelette Cheese

4 comments:
Assalamualaikum.

Pagi tadi hakak breakfast dengan Omelette Cheesey easy jerr nak buat dia har har har. First time hakak try buat and serious talk like so seriously rasa dia ohsem nak mampuss gittuuu hikhik. Sebab hakak malas nak buat breakfast yang jenih terok-terok makan masa lama kat dapur ni. Perot nak yang mudah buat tak banyak renyah and sedap tu ofcos lah kan.

Then bagi mak try sikit , tau tak Mak tak try lagi dah kata tak sedap. Hakak apa lagi suap la sesudu dekat dia, haaa mau mintak lagi Mak kan ???? Bhahaha. Nah hakak belanja sikit gambar Omelette Cheesey Easy Nak Mampuss hahaha....




Korang perlukannnnnnnnn ;

2 biji telur
1 keping cheese *hakak campak 2 because hakak gila cheese wuhuuuuu
Satu sudu susu pekat sebab hakak suka maneh-maneh sikit supaya senyuman hakak hari-hari maneh tak gitu ? Kalau korang tak suka rasa milky, tak payah bubuh laa or kalau nak bubuh lah sikit pakat agak-agak kau jugak lah hadek oii.
Garam agak-agak kau lah nak letak banyak mana asalkan bukan satu bekas sudah. Secukup rasa udoh lerr yee.

*Dressing (tak hado pon tak mengapo) ;

Salad
Tomato Cherry
Sos cili
Kewpie Roasted Sesame Dressing
LADY'S CHOICE Thousand Island Dressing

Cara hakak ;

  1. Masukkan 2 biji telur ke dalam bowl and kacau sampai sehati sejiwa. Guna sudu saja tak payah nak mixer bagai kuikui
  2. Panaskan frying pan non-sticky dengan sedikit minyak. Tapi hakak guna secalit butter ajee. Api kecik/sederhana yer tak payah nak buka sampai ke tahap maksima kang burn telor hengkorang
  3. Dah agak panas tu, tuang laa dalam pan tu. Tuang semua jaa, tak payah malu-malu. Then agak-agak nak masak tu ikot suka laa nak terbalikkan ke tidak. Hakak tak terbalikkan pon sebab hmm malas maybe ? 
  4. Masukkan kepingan cheese. Tapi hakak carik-carik into small pieces dulu sebab nak bagi dia melt betol-betol dengan omelette kita.
  5. Then kau lipat dua omelette tu. Ahaa tekan-tekan sikit. Sebab apa hakak tekan ? Sebab hakak suka tengok cheese dia melimpah keluar kahkahkah ya Allah nikmatnya masa tuu
  6. Dah siap ? Tutup api and boleh laa nak hias dengan salad, tomato ceri and sauce seksi kita.
  7. Hidangkan ! Jom makan :D

Actually, boleh saja kalau nak tambah capsicum ke apa-apa tapi tak payah lebih-lebih kang dah jadi macam telor dadar pulak haha. Hakak lupa pulak nak snap gambar sesudah siap dressing and gambar kat tengah-tengah omelette ni ohhhhmaannnn ni laa masalahnya kalau perot dah kebulor sangat dah tak reti nak wait dah. Hahaha perangaiku masya Allah. 
Okay guys, selamat mencuba hewhew

Friday, March 7

I lost one of my guy-bestfriend

No comments:
Assalamualaikum.



We're not going to be the same anymore. It hurts. Its really do. You're the only one who helped me a lot when I'm down, and now we're strangers, again. I'd lost you. And this is sad. Aku sayang kau sebagai seorang kawan, yang banyak menjaga aku and keep bagi moral support kat aku. Telingkah dengan kau macam-macam dah tapi kita masih kawan. Telingkah lah sangat padahal kita sekali tak pernah gadoh kot hahaha. The only one yang selalu kena makian aku, cacian aku, macam-macam dah ayat kesat aku pernah lontar kat kau, but still kau ajet-ajet tak menyentap kan haha

Susah woo nak jumpa orang macam kau yang jiwa kental haha. Tapi semua ni dah terjadi. Alaa aku dah biasa dengan orang yang nak putus kawan ni. Siapa yang tak sedih bila putus kawan kan ? Mungkin ini jalan yang terbaik buat kita. Kau banyak kali minta maaf kat aku, weiii bongok kau tak salah pon laa. Dah takdir macam ni nak buat macam mana kan ? Punca dari aku jugak so maafkan aku jugak kawan.

Aku harap kita boleh back to normal balik. Tapi tu semua 'harapan'. Yang aku tak pasti akan terjadi atau tidak.

Jadi, selamat tinggal,
Kawan.


Dah laa, aku nak tengok movie Friends With Benefits nie. Macam best jer cerita dia and i know cerita ni dah lama tayang. Justin Timberlake is hawtt.


movie gif, justin timberlake , mila kunis - movie gif

Wednesday, March 5

Cotton Wideshawl menjadi kegilaan !

No comments:
Assalamualaikum and haii.

Hari ini hakak bangun lambat gilooo y'alls.... Kemain pecut hakak tadi tau. Jarak yang sepatotnya 30min baru sampai, jadi 15min jaa ahaa. Nak tercabut helmet hakak kuikuikui. Ni pon tak sempat nak iron tudung bawal, so pakat cekau jelaa apa yang ada depan mata, haa kebetulan pulak shawl kegemaran hakak ada depan mata so apa lagi hakak rembat ajee laa cap cup cas teros siap tak sampai 5min dah boleh setart enjin dah, kahkahkah.

Apa ? Iyee hakak tak iron pon shawl hakak pakai ni. Apa ? Malas ? Jauh sekali haha. No no no bukan sebab malas laaaaaa....... tapi sebab wideshawl ni memang jenih tak payah iron punya sebab kedut dia tak banyak hahahahah dahtu color blackest black pulak tu mana la nak nampak sangat kan hahahaha

Nampak tak permainan dia ?

Jap, naahh hakak belanja satu gambar glamor hakak dok selpie kat opis pagi tadi ;



Atudiaaa menalaa besaq hahahahahaha

Cotton Wideshawl ni hakak dapatkan dari instageram byazierahijab. Harege RM20/pcs sahaja yerr. Pergi laa usha-usha hokay banyak pilihan korang boleh pilih. Dari yang warna gelap sampai ke warna cerah. Available in plain and printed. Wuuuu jom terjah !

haiii amacam kenal jaa yang kat atas tu ahahaha


Sekarang ni kan dah famos amos glamosss wideshawl kan, samada plain or printed, pilih ajee. Pergi mana-mana je mesti nampak aweks aweks dok pakai wideshawl kan. Cantik vavavoomm meletop plak tu. Gerrrrraaaam ja hakak tengok huh. 

Okay jom usha reramai #byazierahijab #byazierahijab #byazierahijab.

Tuesday, March 4

Sepi

No comments:
Sepi
by Yuni Shara



Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam



Hakak sesaje je hokay nak post lirik lagu ni sebab fefeelin hokay hakak suka sangat T__T
Jadi post ini tiada kaitan dengan perasaan hakak sekarang ni yer, Sekian.

What I want from Maybelline

No comments:
Assalamualaikum.

Lipstick hakak Matte Berry from Elianto dah lama habis, sobs sobs sangat. So sekarang hakak guna Vaseline® Lip Therapy Cocoa Butter . Well my dear, bibir kita mesti kena jaga yer, kena sentiasa lembap gitu jangan biar kering. Sebab pada pandangan hakak laa kan, bibir kering buat muka kita otomatik nampak kering and kusam. Dah laa muka aku ni kekejap kering kekejap oily nak mampui, so guna lip balm jelaa yang boleh cover bibir hakak buat masa ni. So takde laa nampak kusam sangat kan, hahahahaah lah sangat. K.

Apa la aku merepek ni.

Nanti nak tunggu hencik abang kesayangan pulang dari Paris (Puchong je actually), nak shopping barang makeup sikit from Maybelline. Ahaa, takpa sayang ai tak minta kat yu pon but kalau yu rasa nak belanja ai terima dengan hati yang terbuka. KAHKAHKAH ! 


So apa yang hakak nak from Maybelline ? Ini diaaa......

1. COLOR SENSATIONAL® LIPCOLOR IN RUBY STAR 640






Ada banyak sangat color you alls boleh pilih. Vaahhh ! Tak sabar nak beli ! Ngeh ngeh



2. EYE STUDIO® LASTING DRAMA™ GEL EYELINER IN BLACKEST BLACK 950



sumber : google

Comes with 4 colors available ; Blackest Black 950, Brown 952, Charcoal 954, and Eggplant 956.

Meletop sangat. So right now I have to wait my darla balik and baru boleh beli ni kuikui. Well i need someone to accompany me shopping. Mihihi

2014 wishlist

No comments:
So here my 2014 wishlist, muahaha. Hakak bosan lah sangat kat office ni dengan satu kerja pon tak hado, maka hakak meng-fun kan diri dengan menyenaraikan wishlist hakak. homaigod, moga-moga tercapai lah. kalau tak tercapai kita pindah ke 2015 wishlist puloks, yer dak ?



Ahaa, actually ada lagi tapi yang ni gegilaa nak dari zaman 60-an aku nak tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi hahaahahaha ( boo raroo ! ) Hakak bukan jenis yang suka meminta daripada boipren-pren-or parents, sebab hakak jenih kalau-kau-nak-kau-usaha-lah-gilerr. Ahaa so kena tunggu my gaji or from my saving money lah ohgosh lambat lah jawab nya but rerileks sikit nama pon 2014 punya wishlist kan so hakak ada lagi 9 months nak tunaikan wishlist hakak nih. KAHKAHKAH ! berdekah, mampukah ? Well truth is i don't think so babe.

Wednesday, February 26

UNDER CONSTRUCTION

No comments:


So my blog know really so annoying and pucat lesu bagai, haihh. Ni semua gara-gara jari gemok gedabak gua lah punya pasal ni pergi adjust sana sini kan dah macam happrakk dah jadinya. Chinggeyy lah.

Wait haaa, banyak benda nak kena ubah ni.
Bye.

Sunday, January 19

Review : Shiseido Black Mask

1 comment:



Pagi-pagi lagi dah good night yer, hahaha. Actually entri ni sepatutnya hakak publishkan semalam tapi tahap kemalasan tu tinggi plus internet ajak cari gaduh makanya hakak decide nak publish pagi ni jaa. Haa kateko.

Semalam hakak mimpi indah sangat manih manih macam candy crush je mimpi hakak semalam. why baby why ? ahaaa sebab semalam hakak pakai shiseido black mask ni, kahkahkah hiperbola nya ayat..... uollss punya muka ada masalah macam hakak tak ? whitehead/blackhead kat hidung mancung ni ? Mesti ada kan jangan nak tipu la cakap tak ada sedangkan si cantik keknis (hanis zalikha) pon ada tau... Muahaha. Sebab dia pon pakai tau adek adek maniss hakak.

First time tau hakak pakai mask yang jenis peel off ni. Selalunya hakak pakai produk Biore Pore Pack yang warna hitam mcam arang tu. Tapi effect dia tak kuat sangat lah, sama ada effect dia tak kuat or kulit hakak cantik sangat dan bebas dari segala cucu cicit blackhead/whitehead HAHAHA !  k tipu ja. hmm

Kawasan hidung hakak ni keras macam batu sikit so hakak pon search laa mask apa yang berkesan nak remove black/white head ni. Tup tup ramai yang buat review pasal shiseido black mask ni dan kebanyakkan nya sangat berpuas hati lah. Hakak pon apa lagi cecepat lah beli dalam 10pcs. HAHAHAHA happy sangat.

Kalau ada yang still loading otak blurr blurr semacam jaa tak faham apa tu shiseido mask ni, sini mai duduk hadap hakak sambil makan biskut cicah air teh. Fungsi shiseido ni untuk menghilangkan black/white head, bulu halus di muka dan jadikan kulit uolls lebih licin dan bersih. Mask ni dalam paket tau and dia jenis cecair pekat gittuwww. 

Cara pakai shiseido black mask ;
  1. Cuci muka bersih bersih dulu then lap bagi kering
  2. Ada setengah yang steamkan wajah 5 minit dgn air panas sebab nak bagi pori-pori terbuka kan but tak payah buat pon tak apa step yg ke2 ni tp kalau buat lagi bagus hahaha ayat mcm minah keling
  3. Buka mask ni and apply kat seluruh muka / certain area mcm kat hidung saja pon boleh. Sapu tebal tebal sikit baru best nak tanggal nnti . Tak perlu campur air hokayy hakak ketok tangan tu nnt. (elak kena kening/rambut kalau taknak rasa azimat dia bila tgl ya ampunnnn nak menangis rasa hahaha)
  4. Biarkan kering dalam 15-30 minit / biar betul betul kering. sementara tunggu kering tu boleh laa nak buat apa apa dulu baca majalah ka menari ka kemas rumah ka memasak ka bla..bla..bla..bla..
  5. Bila dah kering mcm taik kering, tarik mask ni slow slow dari hujung sampai ke bahagian tengah. I tell u okay u better tarik slow2 hahahaha rasakannn. Nah tengok laa black/white head anda. Ahaaa eeeuuwwwww kannnn ? Samalah kita KAHKAHKAH
  6. Cuci muka balik and kalau ada toner pakai okay sbb nak tutup liang tu balik. Kalau tak ada toner basuh jaa dgn air sejuk asalkan bukan air longkang.

And taraaaa ! Pap pap pap ! *menari depan cermin sambil angkat kening* Kulit ku terasa begitu lembut dan anjal bukan ? kahkahkah. Rasa nak jerit buat lompat bintang jaa kahkahkah. Serius hakak pakai best sangat rasa macam nak pakai hari-hari jaa but but but adek kesayangan hakak, disarankan pakai dalam 2 kali seminggu sudahlah. 1 paket boleh pakai untuk satu muka, / pada yang sapu just kat hidung tu boleh pakai 5-6 kali but make sure simpan dalam bekas okay. Boleh ?


sumber : google
hitam macam bontot kuali kan ?
Kalau tak jumpa kat mana-mana kedai, boleh beli secara online jaa kat FB dan Instagram sekarang dah ramai orang jual. Search ja kat Instagram #shiseidomask or whatever hashtag jaa nanti dia keluar. Yang hakak beli kat kedai RM1/paket. Murah kan ?? hahaha malam ni jom pakai lagi mihihi *gelak guling-guling*