Saturday, January 5

Ramuan Penyubur Rambut Mustika Ratu





Haii semua, sihat tak ? Kalau sihat Alhamdulillah. Haaa nak cerita ni, tadi petang kan Eraa ada jalan-jalan di Tesco Alma tau, so sambil dok pusing-pusing tu sebenarnya nak mencari Ramuan Penyubur Rambut Mustika Ratu. Sebab apa? Sebab Eraa dengar banyak cerita and search dalam internet pasal produk ini berkesan dan mendapat komen yang positif laa daripada pengguna yang lain.

Dah banyak tempat Eraa cari produk ni, adoii susah nyaa nak jumpa. Dengar kata kat guardian and watsons ada, tapi dah cari banyak kali tetap tak jumpa and rupanya diorang cakap memang tak ada yang untuk rambut punya. Adoii, malang sungguh. Lepas tu tadi nasib laa terjumpa dalam Tesco. Huhu, untung untung.

Nak tahu apa khasiat nya tak ? Khasiatnyaa  ;

  • Merangsang pertumbuhan rambut dan mencegah kelemumur.
  • Mendinginkan kulit kepala, menyuburkan dan menghitamkan rambut.
  • Menjadikan rambut lebih sihat dan akar rambut lebih kuat.


Tahu tak yang penyubur rambut ni sangatlah berbau wangi. Emm, sedap sangat bau dia. Kira kalau siapa yang freehair tu nak pakai tak ada laa rasa malu kot kot bau macam kulit biawak kaa. Haa tak tak. Tiada bau seperti itu yer. 

Yang paling penting, penyubur rambut ni bukannya shampoo tau. Dia macam minyak rambut laa tapi dia tidak melekit . Lepas you alls shampoo rambut, keringkan rambut betol-betol and sapukanlah penyubur rambut ni.

Cara pemakaiannyaa ;

Tuangkan Ramuan Penyubur Rambut pada telapak tangan, kemudian disapukan atau digosok secara merata pada kulit kepala sambil dipicit secara perlahan-lahan.

Produk ni sangat sesuai untuk mereka yang mengalami kebotakan rambut khususnya di bahagian tengah rambut, rambut semakin menipis, rambut yang kelumumur , mengalami keguguran rambut dan lain-lain. Produk ni lagi berkesan kalau korang pakai sekali set dia laa. Contohnya, Shampoo Bayam, Shampoo Lidah Buaya, Minyak Cem-Ceman Murni, dan banyak lagi. Kesemuanya mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Eraa dah cuba, korang bila lagi ? Jom dapatkan nya dengan harga yang murah dan berbaloi dengan harga RM12.30. Bagaimana, murahkan ? 

4 comments:

Syuhada Nasya said...

waw.. mcm best je kan .. hehehe nk try tp bau nya x bpa wangi kan ? pnah cuba jgak lulur dea tp x wangi ehhe

vezerra ahmad said...

@Syuhada Nasya yap, tak berapa wangi mcm minyak wangi Paris Hilton, but atleast bau dia tak busuk mcm ketiak lecak. Haha

azizah isac said...

Salam sis, kat ne beli syampu ni.. Boleh belikan tak sebb saya memang negah cari jenis syampu ni area jb x penah jmp.. Susah nak cari syampu ramuan penyubur rambut satu set ... facebook saya : isacazizah@yahoo.com

Anonymous said...

Kena cuba nih...tksih utk maklumat