Friday, January 4

Apakah Buffered Earnings ?






Malam ini, Eraa nak kongsikan ilmu yang Eraa tahu sikit. Kepada korang yang masih baru / lama dalam Nuffnang tapi masih tak tahu selok-belok tentang Nuffnang, so jom baca apa yang Eraa nak ulaskan.

Mungkin ada di antara korang yang pernah dengar buffered earnings kan ? Ehh, apa itu buffered earnings ?

Okayy, buffered earnings atau nama glamor nyaa ialah BE (buffered earnings) lahh. Biasa orang cakap BE jaa sebab malas nak taip and tulis nama penuh dia panjang-panjang kan, macam Eraa. Hahaa. Jadi apa yang Eraa nak ceritakan, BE ni kalau nak tahu dalam bahasa Melayunya ialah iklan bermeter.

Iklan bermeter merupakan iklan yang membayar secara terus berdasarkan jumlah kunjungan unik anda menyumbang kepada kempen, berbeza dengan iklan berbayar biasa kami yang membayar kadar tetap mengikut band apa yang anda tergolong dalam. 
Anda boleh ditugaskan lebih daripada satu iklan bermeter pada masa yang sama dalam slot sama, tapi anda tidak akan menerima notifikasi tentang tugassan-tugasan ini (kerana jumlah berpotensi, dan kerana tempoh masa kempen mungkin tidak ditetapkan). 
Pendapatan untuk iklan bermeter juga ditangani dengan berbeza. Kerana iklan bermeter disiarkan lebih lama berbanding iklan berbayar biasa, ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum pendapatan dikreditkan ke dalam akaun anda. Sementara itu, kami akan paparkan jumlah berlangsung yang anda telah menjana untuk kempen tersebut setakat "Buffered Earnings".
Dengan iklan bermeter, kami berharap untuk mencapai : 
1) Pengagihan lebih serata kepada lebih blogger
2) Kelelahan yang rendah untuk menghasilkan nisbah click-through yang lebih baik
3) Lebih pendapatan disebabkan keupayaan untuk menjalankan beberapa iklan atas satu unit iklan


Jadi, dah faham belom ? Harap dapat membantu serba sikit dari insan yang lemah ini. Hehehe. Apa pon Nuffnang memang yang terbaik ! Kepada yang belum mendaftar, jom daftar sekarang !

No comments: