Wednesday, December 5

Masalah Bila BerBlogwalking. Kena elak !


142356038192862877_noofo7zv_c_large


Sekarang ni dah datang balik perangai malas nak update ni, entah kenapa. Tapi hadap blog setiap masa. Cuma kekeringan idea untuk buat satu entri yang menarik. Whyy laa ? T____T
Ohh yaa, tadi ada blogwalking untuk satu segmen. Disebabkan malas sangat nak update, so better BW jer kan. Tapi yang paling tak bestnya bila kita tengah syok bw, ada certain blog yang tak boleh nak buka. Ada juga yang setkan untuk blogger yang dijemput jer. Maksodnyer, dia buat open readers untuk orang tertentu je laa kan. Dan, ada juga yang tak boleh buka langsung blognya disebabkan Malware. Alaa, sepoilnyaa nak blogwalking macam ni. 

Kepada yang blog tak boleh buka tu, cuba awak cek samada awak bagi link yang betul atau tak? Kalau berterusan macamni, susah lah awk untuk kami yang lain nak follow awak. Dah rugi satu dua tiga followers.
Cek balik, dan berikan link yang betol kepada penganjur yerr.

Kepada yang privatekan blog tu, alaaaaaa jangan laa privatekan. Tak best laa saya tak boleh nak terjah blog awesome awak tu. mentang-mentanglah saya tak dijemput T_____T
Kalau nak ubah, cuba awak cek dekat Settings. 

Kepada yang dah kena Malware detected ni, tahu tak apa itu Malware ? 
Malware tu  merupakan singkatan untuk perisian berniat jahat (malicious software). Malware ialah istilah yang merujuk kepada mana-mana program perisian yang sengaja diwujudkan untuk melaksanakan suatu tindakan yang tidak dibenarkan dan selalunya berbahaya seperti virus, backdoors, keyloggers, pencuri kata laluan dan program-program Trojan yang lain, Word dan Excel makro virus, virus boot sektor, crimeware dan spyware.

Ia mencukupi untuk memanggil sesuatu 'virus' atau 'Trojan', tetapi kaedah jangkitan dan vektor yang berkembang serta istilah-istilah virus dan trojan tidak lagi memberikan definisi yang memuaskan untuk semua jenis program jenayah siber yang wujud.


Kalau kena malware ni, cepat-cepatlah delete apa yang patut yerr.

Faham ? Kalau faham sila ubah sekarang dan klik sini, sini dan sini.

2 comments:

hananhadila said...

hanan tag beramai ramai ;) http://hananhadila.blogspot.com/2012/12/special-year-end-ga-fy-nad.html

Nieyxzha Hassan said...

Ramai yang kene malware..baru mggu ni..ade yang perasan ade yang tak perasan lagi