Thursday, November 29

Result.


Haihh, kali ini lambat pulak result Sem 3 ni nak keluar. Sebelum ni laju jer. Tak ada masalah pun. Ke sebab intake kali ini ramai sangat? Maybe laa kan. Tak sabarnya nak tahu result dapat berapa. Ada orang yang kalau boleh tak nak tahu langsung result dia. Apa ke pelik nyaa. Sepatotnya kita kena tahu result kita berapa, baru lah kita tahu kelemahan or kelebihan kita dalam sesuatu subjek.

 Bukannya bajet konfident cuma perasaan tak sabar tu cuma Allah ja yang tahu. Bagus ke tak diri kita ni? Lemah ke? Tang mana yang lemah ? So, untuk sem yang akan datang kena lah ubah and bagi dapat bagus.
Harap-harap sangat sem kali ini dapat Dean's List macam sem 1 dulu. Sem2 slack sikit laaa. Haha. Awal tahun depan dah start sem 4 dah. Haa, makin tua dah rasanya. And lagi setahun ja nak stay kat Bangi lagi. Alaa rindunya kat Bangi nanti. Pasal praktikal tak tahu lah nak minta kat mana lagi, kalau dapat yang dekat-dekat dengan rumah okey lah jugak. Senang, boleh berulang. Macam sekarang ni susah jugaklah sebab berulang Kulim > Bangi > Kulim. Perjalanan yang mengambil masa selama 6jam memang keras kematu lah punggung kan ?

Haa, dengar cerita result keluar bulan 12 nie. Harap sangat awal Disember dia keluar. Kawan2 , doakan saya yer. Aminnnn.