Saturday, June 30

.Kenapa malas update? .

2 comments:


Tumblr_m5r8451ilo1rscn9zo1_500_large

Selamat malam yoyo alls.   :))))


Malam ini Era nak sentuh sikit tentang beberapa bloggers yang ada sifat malas dalam diri *termasuk diri kiter ni  -____-  untuk update blog, walaupun satu entry pun erghhh. . . . Dah terasa malasnya . Kenapa ekk? Masa first dulu bukan main lagi kau semangaaattt nak update blog, tekad dalam diri tiaptiap hari must post atleast one entry pun jadilahh sampai sehari 15 entry kau post, nahh . Sekarang lihat , dalam 15 hari cuma satuu entry jerr kau post ? Whats the problem derr? Era seringkali tertanyatanya kenapa boleh ada sikap malas nak update ni, *tertanya tanyalahh konon --'

Salah satu dua tiga faktor yang membuatkan Era rasa malas nak update dan Era rasa segelintir bloggers pun ada yang malas nak update nihh disebabkan ;

1. i tak tahu nak tulissssssss / taipppppppp  aperrrrrr !!!!

2. i suka lupa apa yang nak dipostkan setiap kali aku tekan new post !!!! Lain kali jangan letak dah button for new post !!!

3. Tajuk and cerita nie maybe borriiinnggggg untuk followers aku baca . *derr , followers kau nak baca ke??  
-______________-

4. Hari hari i duduk hadap laptop ushaa usha blog i nie, tapi sejak 23jam yang lalu aku still tak tahu nak post pasal apa. T______T

5. Yeahhh !!!! I dah tau nak tulis apa, OMG!!! okayhh finee, hampir sama dengan post orang lain pulakkk dohh !!!

6. Hari ni i dah setkan nak tulis pasal percutian aku di pulau aman minggu lepas,, yeahh !!! . . . . 
. . . . . . . . . apa yang terjadi ehh masa kat pulau aman ? OMG !!! apa yang aku buat kat sana ?!!

7. and the last one, bila dah taip panjang panjangggg sampai penat menaip even lagi sikit dah nak habis, akhirnya post ni masuk jugak kat draft . and asyik dok kumpul koleksi draft nihh mula membuatkan aku nak DELETEEEE sajaaaaaaa semuanyaa !!!!

Tujuh perkara inilah yang sering kali terjadi pada diri saya, so, anda dalam pilihan yang mana ? Kuikuiii , tiada langsung kan? kerana anda semua tidak seperti saya !!!!        
 -______-
TAHNIAHH kerana rajinnn ...... agak agak ada tak giveaway bloggers terMALAS ? kalau ada saya mau joinn, hehehe  :))))))))



Friday, June 22

.Bila sahabat menjadi musuh. Apa perasaan anda?

No comments:


Tumblr_m5zcy4hbty1r92bzgo1_500_large


Tajuk entry kali ini, bila sahabat menjadi musuh, bila musuh pulak telah menjadi kawan. Apa perasaan anda? Bila sahabat menjadi musuh, ada rasa sedikit terkilan laa dalam hati, tapi bila seorang musuh telah menjadi kawan, timbul rasa senang hati di situ. Entri kali ini mungkin pernah terjadi pada korang semua, and ofcourse la terjadi pada Era dan rakanrakan, *sebab tu laa aku post pasal hal nie..*

Dulu, kami( saya dan rakan) ada sahabat yang sangat baik hati and pemurah gilaa laarr. Sudah hampir setahun berkawan, tetiba si dia mula menjauhkan diri daripada kami and buat keputusan tak nak ada kaitan dengan kami dah. I mean, HAH ! terkejut jugak laa bila seseorang yang rapat dengan kita mula menjauhkan diri dari kita. Sakit sangat rasa hati ini kan? *Apehal beb? Kalau ada masalah cerita laa, jangan hilangkan diri macam ni...

Disebabkan seseorang hang taknak kawan dengan kami dah, sedih pulak hati ini, tetibaa...

Musuh pulak, actually tak adalah musuh sangat, tapi nak dijadikan cerita masa duludulu kitorang saling membenci lahh kiranya, bila jumpa depandepan, acecey muka masingmasing hipokritnya... :] macam ni punya senyum lahh contohnya,,, Setelah beberapa bulan asyik hadap muka depa(diorang) jaa, tuptup boleh jadi rapat pulak dah, padahal dulu bukan main tak suka gila gila lahh, rasa nak tikam depa jaa kalau terjumpa lagi, HAHA .

Dunia nie pelik kan ? Yang dulu kita sayang, boleh jadi benci, yang dulu benci boleh jadi sayang. Betol laa kata orang, tak kenal maka tak cinta, tapi bila dah kenal perangai macam  -______-   .
Sabor je lahh, so kawan, kitorang harap hidup kau sekarang lebih bahagia dengan ketiadaan kami, itu lebih baik kan?

/ps : sedihh dengan ketiadaan kau sekarang  :):


599872_346248518780595_183682891_n_large

Thursday, June 21

. 5 cara nak hilangkan stress.

1 comment:
269235_10150837079196916_790256965_n_large

Hai all :)

Hari ini punya topik nak membincangkan soal stress ni. Era *era lahh pulakk* tahu, semua orang pernah rasa stress kan? kan kan ? alaa, jangan nak tipu laa kata tak pernah. *Mestilaa penah kan, rasa nak sepaksepak aku ni kan?*, HAHA. Okeyhh, jangan stress lagi, disini Era nak ajarkan cara nak hilangkan stress. Ada lima cara Era nak sharekan ;

1) Stress sangat kan? Nah, korang jerit kuat-kuat sampai anak tekak korang lari jauhjauh. Tapi jangan laa jerit macam orang kena histeria plak, kang ada yang makan selipar kot. HIHI. Selalunya Era akan jerit atas bantal sebab tak nak makan penampar dengan roommates, HUHU.

2) Cari punca korang stress tu? Kalau si XYZ ni punca korang stress, hah, tunggu apa lagi, pergi belasah dia cepat cepat. Ohoo, sukasuka hati nak stresskan orang yerr? Kasi dia pulak stress, baru dia tahu nikmatnya stress tu.

3) Kalau takot masuk penjara sebab belasah orang, korang makan chewing-gum. Anggap jer chewing-gum tu orang yang kasi korang tu stress. Settle !

4) Gelaklah puaspuas selagi tak pecah mulut tu. Gelak boleh hilangkan stress taw, kalau tak boleh nak gelak langsung, ambil hammer ketok di kepala and cuba gelak tengok. Kot kot laa menjadi, 

5) Tapi, cara yang paling berkesan adalah dengan berwuduk dan mengerjakan solat . Hati tenang, masalah semua hilang, InsyaAllah kawankawan.


Tumblr_m57lhejwbf1qlvr5bo1_500_large